Friday 20 September 2013

Kelebihan Garlic Shaklee

Antara kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex Shaklee 
adalah Garlic Complex ini diperbuat daripada bawang putih jenis 
premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu 
musim panas dan BEBAS 100% daripada penggunaan racun perosak.



Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada suhu
terkawal iaitu suhu bilik semata-mata untuk mengekalkan 
pengaktifan Allicin pada tahap 100% ( tidak semua garlic 
yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif.) Allicin merupakan 
sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang
mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan 
mempunyai sifat penyembuh.




Kegunaan Allicin pada bawang putih untuk kesihatan manusia : 

  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti aktiviti radang
  • Berfungsi sebagai anti oksidan 
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma





Kelebihan GARLIC Shaklee : 


1.  Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung 
     yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.

2.  Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat 
     bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya 
     boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema,kulat, 
     kuman, virus dan yis candida

3.  Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan 
     keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang 
     sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4.  Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem 
     penghadaman seperti kembung perut, senak perut, 
     ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5.  Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan 
     konsisten  2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. 
     Garlic dapat  mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang 
     merupakan logam  toksik dalam tubuh dengan pantas. 
     Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah 
     tinggi meningkat.

6.  Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan 
     kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang
     kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh
     tanpa kita sedari.

7.  Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan 
     kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan 
     HDL, melindungi jantung dan menghalang
     strok dan penyakit koronari.

8.  Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan 
     peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. 
     Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian 
     selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh 
     dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama 
    pada kaki dan pergelangan kaki

10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan
     tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, 
     sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan
      pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal 
      gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
      - Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
      - Perut memulas (stomach upset)
      - Cirit-birit (Diarrhea)
      - Bronkitis
      - Luka-luka (infected wounds)
      - Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, 
         kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat 
antibiotik untuk melawanpenyakit seperti selsema, batuk, cirit birit
dan lain-lain dan anda berasa khuatir akan kesan sampingan 
antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepat ambil 
supplement Garlicyang antara kebaikannya merupakan antibiotik 
100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, 
gula dan bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.



*Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 
 500mg bawang putih
* Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan 
  pengawet tambahan

credit : sini

No comments:

Post a Comment