Saturday 28 September 2013

SHAKLEE VIVIX MEMBANTU PESAKIT SLE

Apakah SLE?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)




Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse). 


Terdapat beberapa jenis lupus: 

Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun. 

Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari. 

Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung. 


SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut



Buah pinggang Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru  Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).  
Sistem saraf  SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.  
Saluran darah Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.  
Darah Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.  
Jantung Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras)

Baca lebih lanjut di panduan pesakit sle


 SHAKLEE & SLE

Ada beberapa suplemen yang boleh membantu pesakit SLE. Antaranya, yang saya boleh cadangkan:

VIVIX - kerana Vivix membantu dalam pemulihan sel. Pesakit SLE menghadapi masalah kerana sistem sel badan yang tidak berfungsi secara normal sehingga menjejaskan keadaan pesakit sendiri. VIVIX merupakan produk revolusi dari Shaklee yang membantu memulihkan sel pada peringkat sellular,

GLA complex - Terdapat kajian yang menunjukkan pesakit SLE kebiasaannya mempunyai paras GLA yang kurang dalam badan. GLA membantu menghasilkan "anti-inflammatory prostaglandin (PGE-1)". Ia mengurangkan aktiviti limfosit dan seterusnya membantu mengurangkan simptom SLE. 

Omegaguard - Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Asian Journal of Pharmacy & Life Sciences menunjukkan pengambilan minyak Omega 3 dapat membantu melambatkan onset pesakit SLE dan membantu meningkatkan jumlah lipid dalam darah pesakit SLE.

Ostematrix - Penggunaan steroid dalam masa yang panjang boleh menyebabkan kehilangan kalsium dan menyebabkan osteoperosis dikalangan pengidap SLE. Jadi pengambilan kalsium yang lengkap dengan Vitamin D amat penting bagi memastikan pesakit SLE mempunyai bekalan kalsium yang mencukupi. Ingat ye, Vitamin D membantu penyerapan kalsium!!

Perlu diingatkan, ada juga suplemen Shaklee yang TIDAK sesuai untuk pesakit SLE, termasuk Alfalfah, Vitalea, Herblax & Nutriferon!!!!Hubungi saya untuk konsultasi!! Jom baca perkongsian Master iffah melalui perkongsian oleh Saudari Fauziah Hamzah tentang pengalaman nya sembuh dari penyakit SLE.





Credit : 1, 2, 3

Diharap..perkongsian saya ni dapat membantu sesape sahaja yang mencari info tentang penyakit SLE ni

 Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi | SMS/WhatsApp 019 2216858 | add kami di DVitaminum Store untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage untuk tips -DVitaminumStore.

No comments:

Post a Comment