Showing posts with label Product Info. Show all posts
Showing posts with label Product Info. Show all posts

Wednesday, 6 November 2013

Alfalfa Shaklee Bukan Untuk Ibu Menyusu Sahaja

Walaupun tiada kajian terperinci dan jurnal perubatan tentang Alfalfa membanyakkan susu ibu, namun ia telah digunakan sejak berzaman di benua Ameria dan Eropah sebagai galactogogue dan juga sebagai herba yang sangat berguna dalam perubatan tradisi.
Alfalfa biasanya dimakan dalam bentuk cambah (sprout) dan daunnya.
Alfalfa Complex Shaklee diperbuat dari daun Alfalfa yang ditanam secara organik.
alfalfa shaklee
Antara lain, faedah dan kebaikan Alfalfa Complex Shaklee:-
(+) Menyeimbangkan Hormon - Alfalfa mengandungi bahan-bahan seperti isoflavon dan coumestans, yang mengikat reseptor estrogen dalam badan. Bila tahap estrogen rendah, alfalfa yang menyerupai estrogen ‘menyamar’ sebagai estrogen dan meningkatkan aktiviti estrogenik. Bila tahap estrogen dalam badan terlalu tinggi, estrogen dalam alfalfa bergabung dengan reseptor tadi, menafikan ruang untuk estrogen asal, sekali gus mengurangkan aktiviti estrogenik.
(+) Merendahkan kolesterol – Alfalfa mengandungi saponin yang menyerap kolesterol dan mengelakkan ia daripada diserap oleh tubuh.
(+) Masalah penghadaman – Alfalfa telah digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk mengatasi masalah penghadaman
Banyak lagi kebaikan Alfalfa, maklumlah ia dikenali sebagai ‘raja segala tumbuhan’ pasti mantap kebaikannya untuk manusia sejagat.

Click here Credit 

* Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan: 
SMS/WhatsApp 019 2216858 | add kami di DVitaminum Store untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage untuk tips -DVitaminumStore.

Saturday, 21 September 2013

Kenapa anda memerlukan Nutriferon

Setiap hari sepanjang masa (24 jam x 7 hari) tubuh kita sentiasa terdedah dengan ancaman dari jutaan mikroorganisma berbagai-bagai jenis sama ada ianya baik atau sebaliknya.Oleh sebab itu kita perlu mengambil inisiatif untuk meningkatkan ketahanan tubuh kita supaya tidak mudah diserang dan mengakibatkan demam atau jangkitan yang tidak diingini.

Apa Itu Interferon ?
Dari Wikipedia : "Interferons (IFNs) are proteins made and released by host cells in response to the presence of pathogens such as virusesbacteriaparasites or tumor cells. They allow for communication between cells to trigger the protective defenses of theimmune system that eradicate pathogens or tumors.."

  • Senang cerita.... Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh sel badan apabila berlaku tindakbalas dengan virus, bakteria, parasit atau lain lain ancaman dari luar. Interferon akan mengaktifkan sistem pertahanan badan dengan menganggu penyebaran bakteria melalui setiap sell badan dan memusnahkannya.

Apa itu Nutriferon?

                                        


Nutriferon bertindak dengan merangsang setiap sel badan untuk mengahasilan Interferon dengan sendiri tanpa memberi kesan sampingan kepada badan.

Bagaimana Nutriferon Bertindak ?

  • Memberi signal kepada sel yang berdekatan untuk sedia bertindak dan mengaktifkan mekanisma pertahanan.
  • Mengaktifkan pertahanan awal sistem immune badan yang mana akan bertindak menghapuskan bakteria penceroboh.

Sejarah Nutriferon.

NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

                              

Nutriferon adalah yang satu-satunya telah dijumpai oleh Dr. Yasuhiko Kojima yang mana adalah ahli immunologist terkenal pada tahun 1954. Beliau mengambil masa 40 TAHUN menjalankan kajian bagi menghasilkan Interferon Booster dari sumber semulajadi (tahukah anda, terdapat juga Interferon Sintetik yang mana sangatlah mahal!?).

Nutriferon berjaya dicipta setelah Dr. Yasuhiko Kojima menjalankan beberapa sesi ujian dan kajian ke atas beribu-ribu sebtaian dan lebih 200 jenis berbagai herba. Hasil kajian selama 40 tahun maka terhasillah Nutriferon yang mana mampu meningkatkan sistem pertahanan badan.

Nutriferon telah dipatenkan oleh Shaklee secara rasmi dan ianya tidak terdapat pada jenama lain. Hebat bukan?

Kandungan Nutriferon.
Nutriferon adalah terdiri dari campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada: 
  1. Pumpkin Seed
  2. Plantago Seed
  3. Safflower Flower
  4. Japanese Honeysuckle Flower
Setiap satunya berfungsi: 
  • Merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam badan
  • Menentang radikal bebas yg menjadi penyebab kepada kanser
  • Membantu merangsang tindakbalas pertahanan badan
  • Mengaktifkan sel pertahanan (immune) untuk membunuh bakteria dan kuman punca kesakitan
  • Mempercepatkan penyembuhan luka dengan meningkatkan penghasilan sel baru
  • Melawan kehadiran virus dan pencerobohan bakteria
  • antibiotik yang kuat
  • Membantu menyembuhkan jangkitan kuman pada sistem pernafasan dan asma
  • Menurunkan paras kolesterol dalam darah

Siapa memerlukan Nutriferon ?
    1. Individu yang ingin mengukuhkan sistem imun badan
    2. Individu yang menghadapi masalah imun
    3. Individu yang sering demam/sakit
    4. Individu yang tidak mengamalkan diet yang sihat
    5. Individu yang sering stress
    credit click here


    Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi | SMS/WhatsApp 019 2216858 | add kami di DVitaminum Store untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage untuk tips -DVitaminumStore.

    Diet Bersama Cinch Shake

    Sedang mencari satu minuman PROTEIN SHAKE yg boleh kontrol mkn sbb uolss terlalu mkn banyak skrg dan boleh bg rasa kenyang yg lama


    Hah harini saya nak cerita lebih lanjut mengenai CINCH SHAKE MIX shaklee ni. Cinch ni bukan ubat kurus ye tp minuman yg kaya dgn protein n serat utk bg rasa kenyang yg lama di samping dapat mengekalkan otot semasa kita berdiet. Diingatkan jika kita mmg hadapi masalah berat badan dalam kategori OVERWEIGHT kita perlukan protein semasa berdiet supaya badan tidak geleber dan semakin firm dan kulit juga tidak kusam even semasa berdiet



    Mengurangkan berat badan menjadi semakin sukar walaupun ia nampak mudah.

    Dan sebab itulah, SHAKLEE yang telah berpengalaman selama lebih 50 tahun dalam bidang nutrisi menjadikannya suatu yang lebih MUDAH & SELAMAT dengan CINCH SHAKE MIX. 


    CINCH SHAKE MIX mengandungi leucine yang merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat dalam protein tertentu. Ujian klinikal yang telah dibuat ke atas formula leucine telah menunjukkan dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass).
    Mereka yang telah menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama mengekalkan otot mereka. 
    Ini bermakna, walaupun anda sudah mendapat berat yang ideal, kulit dan otot anda tidak akan menggeleber.



    Cinch Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan 

    "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau 
    "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?"

    Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

    Setiap kali anda menikmati Cinch Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda. 


    • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
    • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
    • Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
    • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
    • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
    • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
    • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
    • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
    • Soya bukan GMO
    Kebaikan cinch:
    • Memberikan rase kenyang berjam-jam lamanya
    • Mengurangkan selera makan bagi anda yg tak boleh control nafsu makan
    • Menberi tenaga berpanjangan so anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian
    • Meningkatan metabolisme badan
    • Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dgn cepat bila dah kurus
    • Anda boleh mengambil carbo spt nasi dsb tetapi dgn kadar yg sedikit 
    • Menghilangkan lemak yg berlebihan dan mengurangkan inci pada badan




      
    CINCH SHAKE ni ada 3 perasa ye VANILLA, CHOCOLATE DAN CAFE LATTE. yg jd peberet ramai yg order biasanya CHOC dan CAFE LATTE, saya yg xberapa suka nescafe ni pun leh jatuh cinta dgn perisa cafe late tu mmg sedap tau, utk ibu yg menyusu mcm saya at least kena campur dgn ESP dulu, bukan setakat kenyang malah boleh shape kan blk body yg dah gelebeh2 after bersalin dulu coz CINCH SHAKE ni lebih cepat kesannya dr ESP
    Kebanyakan customer yg dah cuba CINCH SHAKE ni akan alami perubahan besar dr segi inci dulu the kg sbb tula digelar CINCH sbb ia akan tolong kita utk kurangkan ukur lilit sambil membakar kalori dan membentuk otot, jd jika anda dah mula ambil CINCH ni stat amek ukuran dalam inci dulu, ukur pd bhgn yg bermasalah biasanya pinggang dan pinggul so that bila kg tak turun tu jgn hampa sgt kira inci pula, Mereka yg ambil CINCH ni mmg biasanya akan rasa seluar tu longgar dan bhgn atas lengan tu mengecik hah tu yg bestkan even kg tak turun byk to badan tu jd shape blk  

    TESTIMONI MEREKA YG DAH BERJAYA CINCHED DOWN






    credit : click here

    Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi | SMS/WhatsApp 019 2216858 | add kami di DVitaminum Store untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage untuk tips -DVitaminumStore.

    Kekal Bertenaga Dengan Cinch Energy Tea Mix Shaklee

    Keistimewaan Cinch Energy Tea Mix Shaklee

    Cinch Energy Tea Mix ini diambil bersama-sama dengan Cinch Shake Mix Shaklee dan produk-produk untuk tujuan pelangsingan lain yang telah dicadangkan oleh Shaklee. Energy Tea Mix dapat diminum sebagai snek ataupun minuman ringan waktu petang terutamanya bagi penggemar teh. Energy Tea Mix Shaklee adalah kurang gula dan semestinya sangat bagus untuk kesihatan. Selain itu, keistimewaan Enerygy Tea Mix ini ialah:
    • Selamat dan merupakan penggalak tenaga semulajadi
    • Ditambah dengan taurina untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
    • Pilihan alternatif terbaik menggantikan kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh
    • Tanpa gluten, tiada perasa tiruan, pewarna dan bahan pemanis 


    Cinch Energy Tea Mix
     

    Bahan Utama Dalam Cinch Energy Tea Mix Shaklee

    Diperbuat daripada Eksklusif T-Lift - Campuran teh dalam Shaklee Cinch Energy Tea Mix. Campuran 4 jenis teh ini mempunyai khasiat hebat masing-masing selain daripada peranan utama teh sendiri yang sememangnya terkenal sebagai antioksidan yang sangat hebat untuk tubuh!

    1. Matcha Green Tea Powder - Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan.


     Matcha Green Tea Extract

    2. Red Tea Extract - Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak.


     Red Tea Extract

    3. White Tea Extract - Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.


     White Tea Extract

    4. Rooibos Red Tea Extract
    Tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol - antioksidan.


     Rooibos Red Tea Extract

    credit : click here

    Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi | SMS/WhatsApp 019 2216858 | add kami di DVitaminum Store untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage untuk tips -DVitaminumStore.

    Kebaikan DTX Complex Shaklee

    Mungkin jarang kita mendengar nama DTX Complex Shaklee ini di sebut-sebut, kerana, kita sering mengaitkan supplemen untuk perkara-perkara yang sering berkaitan dengan kehidupan seharian kita sahaja. DTX Complex Shaklee tergolong dalam kumpulan sebagai supplemen cadangan untuk kesihatan hati.
    Sumber : Buku Nutrisi Shaklee





    Perbezaan DTX Shaklee
    • Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
    • DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.
    • Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawa Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)
    Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex

    1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)
    • Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
    • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
    • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
    • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
    • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
    • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema
    2. Articok (Artichoke)
    • Membina semula sel-sel hati
    • Merangsang pengaliran hempedu
    3. Dandelion
    • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
    • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
    • Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
    • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
    • Melawan tumor dan kanser
    • Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air
    4. Kunyit
    • Mengandungi curcumin : bahan anti-oksida
    • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
    • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV
    5. Reishi Mushrooms (Ling Zhi)
    • Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
    • Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
    • Merawat sindrom keletihan yang kronik
    • Membantu mencegah penyakit jantung
    6. Schizandra
    • Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
    • Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin
    Note: Saiz hidangan – 3 biji sehari (untuk 30 hari) & 90 biji / botol




    Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikan untuk membaiki.

    Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:


    1. Rembesan Hempedu
    • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
    • Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
    • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
    • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
    2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
    • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
    • Hati mengawal metabolism protein
    • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
    • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
    • Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
    3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
    • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
    • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
    • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
    • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
    • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
    • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
    4. Penting untuk metabolisme Lemak
    • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
    • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
    credit : click here

    Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi | SMS/WhatsApp 019 2216858 | add kami di DVitaminum Store untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage untuk tips -DVitaminumStore.

    Kebaikan dan Kelebihan Peppermint Ginger Plus Shaklee

    Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:


    • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
    • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
    • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
    • Mereka yang sering mengalami kembung perut
    • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.



    Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:




    Pudina (Peppermint)


    • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
    • Membantu dalam penghadaman.
    • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
    • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
    • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
    • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
    • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.






    Halia


    • Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
    • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
    • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.


    Bacaan lanjut mengenai Halia : 10 Kelebihan Halia yang mungkin kita tidak tahu.





    Pokok adas (fennal)


    • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
    • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.



    Cekur Manis (anise)


    • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
    • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
    • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
    • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

    credit : click here

    Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi | SMS/WhatsApp 019 2216858 | add kami di DVitaminum Store untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage untuk tips -DVitaminumStore.

    Detoks dengan Herb Lax Shaklee

    Apa itu herbalax?
    • Herbalax adalah suplemen yang berfungsi untuk menCUCI usus.
    • Bahasa mudahnya adalah julap.
    • Ia tergolong dalam kategori julap yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.
    • Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.
    Siapa yang digalakkan untuk mengamalkan Herbalax ? 
    Golongan berikut amat digalakkan untuk mengamalkan herbalax :
    • pengamal tegar ubat tahan sakit.
    • mereka yang ada masalah pembuangan@perkumuhan kurang lancar@sembelit, 
    • mereka yang banyak jerawat, 
    • pesakit gout
    • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen.
    Berapa banyak perlu diambil ?
    Memadai 3-4biji seminggu sekali,waktu hujung minggu atau ketika berada di rumah.  Di galakkan ambil pada waktu malam dan minum sekurang2nya 1 liter air sebelum  tidur.. Anggaran tindakbalasnya adalah antara 6-8jam selepas itu. Kesan adalah berbeza bagi setiap individu. Macam saya, biasanya selepas 8jam perut akan sedikit memulas tapi tiada gesaan untuk ke tandas dengan cepat. Kita takkan menghadapi masalah cirit dan sebagainya. Namanya pun julap lembut kan? 
    Biasanya, bila badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan dan berkesan.Seperti yang kita tahu, perut adalah rumah penyakit. Usus pula bolehlah dianggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini. Bila usus sihat, penyakit tak dapatlah nak berumahtangga di sini.Yang tinggal hanyalah rumah yang bersih dan pengambilan suplemen pasti mengindahkan lagi rumah anda ini.

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

    Friday, 20 September 2013

    CAROTOMAX ATASI MASALAH MATA



    CarotoMax merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. 

    Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

    CarotoMax menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:


    •   Memelihara kesihatan yang baik.
    •   Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu.
    •   Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. 

    Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan:
    • Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang
    • Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
    • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruitAlpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
    • Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
                                               

    Kandungan Carotomax


    Fungsi Beta-Karoten:

    1. Bantu pertumbuhan dan memulih sel-sel badan. 
    2. Kekalkan penglihatan malam – rabun malam.
    3. Kekalkan kesihatan kulit dan selaput membran seluruh badan – mata hitam, penghadaman
    4. Bertindak sebagai antioksidan, cegah kanser. 
    5. Menyokong fungsi kuatkan sistem pertahanan badan, 
    6. Bantu cegah masalah asma, dan paru-paru.
    7. Bantu cegah pembentukan ketumbuhan ‘tumor’
    8. Menyokong fungsi pertumbuhan dan pembiakan.

    Khasiat Beta-Karoten:
    1. Awet muda
    2. Rabun malam
    3. Gastrik
    4. Masalah kulit
    5. Lelah
    6. Jeragat



    Kenapa kita memerlukan Vitamin A @ CarotoMax ini? 
    CarotoMax (vitamin A)  ini secara umumnya boleh membantu:-
    • kesihatan retina mata → mengurangkan rabun
    • kesihatan tulang
    • kesihatan tisu kulit
    • pembentukan sel darah putih dan sel darah merah
    • pembentukan membran mukus
    • mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat
    Dengan kehadiran vitamin A, dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain daripada itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang penyakit yang tidak diiingini.

    Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian atau pun Provitamin A dikenali juga sebagai carotenoids (the safest way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan.

    Perlu diingatkan, Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati. Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan.

    Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan.

    Siapa yang perlukan CarotoMax
    • Semua peringkat umur yang inginkan kesihatan menyeluruh
    • Kanak-kanak (12 tahun ke atas), remaja, atau pun orang dewasa yang tidak sempat/mampu mengamalkan diet seimbang
    • Mereka yang tidak dapat mengambil jumlah hidangan buah-buahan dan sayuran yang secukupnya setiap hari dan terdedah kepada ancaman radikal bebas. 
    AMARAN!

    Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.

    credit : click here

    Performance® Maximum



    Performance Drink ini sesuai diambil ketika :

    ♥ cuaca panas melampau (badan dehydrated)
    ♥ badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
    ♥ beriadah dan lain-lain lagi.

    Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:

    ♥ Mereka yang aktif bersukan . 

    ♥ Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
    ♥ Mereka yang menghidap gout.

    ♥ Ibu yang menyusukan anak.

    ♥ Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.

    ♥ Mereka yang kurang minum air.
    ♥ Mereka yang kerap sakit kepala.

    ♥ Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
    ♥ Kanak-kanak yang demam.
    ♥ Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!)

    Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi | SMS/WhatsApp 019 2216858 | add kami di DVitaminum Store untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage untuk tips -DVitaminumStore.