Wednesday 6 November 2013

Kepentingan Vitamin Untuk Tubuh

Vitamin adalah antara zat yang membina tubuh kita. Tubuh kita terbina oleh jutaan sel yang membentuk organ dan sebagainya.

Kita mendapat vitamin secara semulajadi melalui makanan kita. Secara amnya, keperluan vitamin kita berbeza setiap orang. Keperluan ini juga agak generik untuk setiap bangsa berdasarkan aktiviti, iklim, cuaca dan sebagainya.
Misalnya orang-orang di tempat sejuk makan banyak makanan berlemak, selain dari memberi perlindungan semulajadi kepada tubuh mereka dari kesejukan, kebanyakan tempat sejuk adalah bergunung-ganang. Kegiatan harian memerlukan lebih tenaga dengan aktiviti melawan graviti. Oleh itu walaupun penduduk Switzerland banyak makan keju dan makanan berasaskan tenusu namun mereka tidak gemuk dan tidak terdedah kepada risiko sakit jantung.
Masyarakat khatulistiwa seperti Malaysia, asal makanan kita mengandungi banyak karbohidrat. Ia memang logik jika kita balik ke 100 tahun dulu, masyarakat Melayu menjalankan kegiatan meneroka, berkebun, berladang… Yang memerlukan banyak tenaga.
Namun berbeza dengan kita hari ini, lebih banyak duduk dari berjalan. Nak bersenam pun kena paksa, tapi masih mengamalkan cara makan yang biasa.
Jadi untuk kesihatan optimum wajar untuk kita menukar menu harian dan aktiviti harian kepada yang lebih sesuai dengan tubuh kita.
Namun di zaman moden ini, bukan itu saja yang harus kita timbangkan. Perkembangan teknologi dan revolusi industri menjadikan kita terdedah kepada pencemaran, radiasi dan sebagainya.
Keadaan ini menyebabkan kita perlukan lebih banyak vitamin untuk kesihatan optimum.
Keperluan RNI digariskan sebagai dos nutrien minima untuk tubuh kita agar menjadi sihat, namun tubuh kita perlukan lebih banyak untuk menjalankan fungsi lain, misalnya vitamin C 75mg cukup untuk mencegah skurvi dan fungsi normal sel, namun bagi kerja-kerja memperbaiki sel, penstabilan dari tindakan radikal bebas dan sebagainya, kita perlukan purata 500mg Vitamin C sehari. Apa lagi untuk tujuan penyembuhan dan kecantikan, dos yang lebih tinggi diperlukan.
Vitamin BUKAN pengganti zat makanan. Untuk kesihatan yang baik, menurut Dr Bruce Miller, kita perlukan – makanan seimbang, bersenam, dan suplemen. Menurut Ibn Qayyim, satu lagi perkara adalah kesihatan jiwa. Jadi 4 elemen ni penting untuk menjadi sihat – Makanan, Senaman, Suplemen dan Amalan Kerohanian.
Bila makan vitamin, niatlah supaya menjadi lebih sihat dan menyahut seruan Rasulullah SAW untuk menjadi hamba yang dicintai Allah – insan yang kuat.
Semoga kita lebih banyak bersyukur dari mengeluh.
Bila sakit, biasanya lebih mudah mengaduh dari mengucapkan “Alhamdulillah”
Click here Credit 

No comments:

Post a Comment