Friday 1 November 2013

TIPS : 10 Kebaikan Mandi Air Sejuk

Mandi air sejuk adalah perkara biasa dalam kehidupan kita 
terutama yang sering bangun awal pagi. Mungkin ramai 
antara kita yang tidak tahu, mandi air sejuk juga 
adalah satu terapi kerana ia mempunyai banyak 
kelebihan dan kebaikan. Konsep Hydrotherapy 
telah lama digunakan oleh Vincenz Priessnitz, 
seorang peladang pada tahun 1920an yang 
menggunakan terapi ini untuk mengubati 
banyak penyakit.



Berikut adalah 10 Kebaikan dan Kelebihan Mandi Air Sejuk

1. Meningkatkan Imunisasi Badan

Mandi air sejuk dipercayai menjadi penawar yang baik 

untuk demam dan jangkitan kuman pada pada badan. 
Terdapat satu kajian dijalankan kepada atlet muda dengan 
merendam mereka dalam air sejuk bersuhu 14 darjah Celsius, 
3 kali seminggu selama 6 minggu. Terdapat peningkatan 
2 jenis sel darah putih, monocytesdan lymphocytes.

Lymphocytes bertugas untuk menyingkirkan bakteria, virus 

dan toksin dalam badan manakala monocyte bertanggungjawab 
menghapuskan patogen dan bendasing dalam badan. Penyelidik 
mendapati kadar metabolisme yang tinggi hasil dari mandi air 
sejuk yang disebabkan oleh badan kita yang cuba untuk 
memanaskan badan secara tersendiri akan mengaktifkan 
sistem imunisasi dan menghasilkan lebih banyak sel darah 
putih. Mereka yang sering mandi air sejuk dipercayai jarang 
demam dan mungkin sukar terkena barah yang tertentu.

2. Melancarkan aliran darah

Aliran darah yang baik penting untuk kesihatan jantung. 

Mandi air sejuk dan panas secara berselang-seli boleh meningkatkan 
keberkesanan aliran darah. Apabila mandi air sejuk, 
arteri darah mengecut. Ia dipanggil vasoconstriction. 
Arteri yang mengecut membolehkan darah mengalir pada tekanan 
lebih tinggi, aliran darah lebih lancar. Vasodilation adalah 
kesan sebaliknya apabila badan kembali menjadi lebih panas.

Satu lagi kebolehan semulajadi badan apabila mandi air 

sejuk adalah darah akan lebih cepat mengalir ke organ-organ 
utama dalam badan untuk mengekalkannya dalam keadaan panas. 
Bukankah ia boleh membantu aliran darah yang baik?

Kenapa aliran darah yang baik penting untuk kita? 

Ini kerana ia mampu mengelakkan hipertensi dan 
pengerasan dinding arteri. Ia juga membantu meningkatkan 
kecergasan badan kita dan kita akan rasa lebih sihat.



3. Mengawal suhu badan

Mandi air sejuk boleh membantu mengawal thermogenesis 

(cara badan menghasilkan haba dalam badan), di mana ia 
mengaktifkan sistem pemulihan badan. Jika anda mempunyai 
penyakit sejuk kaki dan tangan yang kronik atau berpeluh 
keterlaluan, anda boleh cuba mandi air sejuk.


4. Membantu untuk Kurus / Meningkatkan Metabolisma badan

Lemak perang dalam badan berguna untuk pembakaran tenaga 

dalam badan. Apabila badan kita terdedah dengan sejuk, 
lemak perang ini akan terbentuk. Sel-sel lemak ini yang 
membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan 
haba badan. Penghasilan lebih banyak lemak perang 
akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga 
dan membantu untuk kurus. Kadar metabolisme badan 
juga meningkat.


5. Mengurangkan Tekanan Perasaan

Mengurangkan Tekanan Perasaan adalah salah satu kebaikan 

mandi air sejuk. Satu Kajian dari Virginia Commonwealth 
University mendapati air sejuk boleh meransang "titik biru" 
pada otak, sumber utama noradrenaline untuk 
badan kita. Noradlinaline adalah bahan kimia yang 
membantumencegah tekanan perasaan. 


6. Meningkatkan Pergerak Cecair Limpa

Sistem limpa adalah yang bertugas untuk membuang kotoran 

dari sel dan membantu melawanpatogen (penyakit). 
Berbanding urat darah, sistem limpa, ia tidak mengandungi 
darah, tetapi cecair limpa yang membuang bahan kotoran 
dan membawa sel darah putih untuk melawan jangkitan. 
Jika darah yang mengalir di pam oleh jantung, kandungan 
limpa bergantung kepada pengecutan otot sistem. 
Mandi air sejuk membantu pengecutan otot limpa dan 
menyebabkan cecair ini boleh berfungsi di seluruh badan.


7. Menguatkan Pernafasan. 

Sedarkah anda, ketika anda mula untuk mandi air sejuk, 

anda akan menarik nafas dengan dalam terlebih dahulu? 
Ia tindakbalas biasa badan supaya badan kita cukup oksigen 
untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan 
akibat sejuk. Tindakan ini membantu menguatkan paru-paru 
dan meningkatkan kadar serapan oksigen badan seterusnya 
menyebabkan badan lebih segar dan kurang letih.


8. Menjadikan Kulit dan Rambut lebih Sihat

Air panas mampu mengeringkan kulit dan rambut. Sebaliknya, 

air sejuk boleh membuatkan rambut kita nampak lebih 
berkilat dan menjadikan kulit lebih sihat dengan mengecilkan 
kutikel kulit dan pori-pori, mengurangkan potensi tersumbat 
dengan kotoran dan mendatangkan jerawat. Air sejuk membantu 
detoks kotoran dan toksin dalam kulit. Proses detoks kulit 
sangat berguna untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih dan
 awet muda. Air sejuk menutup kutikel pada rambut, rambut lebih 
kuat dan mengurangkan kotoran menyebabkan scalp pada kepala.


9. Meningkatkan Tenaga

Mandi air sejuk boleh menyebabkan kita lebih bertenaga 

kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif 
seterusnya darah mengalir dengan lancar di seluruh badan


10. Meningkatkan Penghasilan Hormon. 

Mandi air sejuk boleh membantu sistem peranakan. Sistem 

peranakan lelaki tidak boleh terdedah kepada panas yang 
berlebihan, sperma akan berkurang dengan peningkatan suhu. 
Lelaki yang mandi air panas selama 30 minit setiap hari untuk 3 
minggu akan mengalami ketidaksuburan bagi tempoh 6 bulan. 
Mandi air panas boleh mengawal sistem endokrin.

sumber : http://www.guidinginstincts.com/2012/04/10-

health-benefits-of-cold-showers.html

No comments:

Post a Comment